© 2026 Muhayya Magical Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Insya Allah, setiap langkah yang anakanda ambil dalam perjalanan ini menjadi asbab kepada keluarga yang lebih tenang, lebih bahagia dan lebih dipimpin oleh iman, kesedaran serta sistem yang boleh diwariskan.
4 months of access
1 month of access




✅Bahagia bersama Pasangan ✅Bahagia bersama Mertua ✅Bahagia bersama Ibu Bapa ✅Bahagia bersama Anak-anak ✅Bahagia dengan Diri Sendiri ✅Lebih dekat dengan Allah SWT

Assalamualaikum bonda dan semua. Alhamdulillah bonda, sy sgt bersyukur bila bonda masih kekalkn modul bateri jiwa dalam FLOS. Ianya sangat membantu sy utk sentiasa kembali kepada Allah dalam proses sy membaiki diri. Terima kasih bonda, dengan adanya ilmu dan sistem dalam FLOS ini dapat membantu sy dan keluarga dalam membina legasi yang berpaksikan Tauhid. Barakallahu fikum bonda dan team.
Salam bonda, mama tiyah, ustaz harith dan team MM. Susun atur ilmu di dlm FLOS ini sgt holistic. Bermula dengan perbaiki dan kenali diri sehingga lah relationship mastery di dalam rumahtangga dan hubungan dengan Maha Pencipta. Jujur, saya belum pernah nampak program yang berimpak tinggi dalam satu package. Dan program di dalam FLOS ini membantu saya dan ahli keluarga saya menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini. Alhamdulillah...terima kasih semua
Syukur Ya Allah.Terima kasih buat Bonda,Mama Tiyah KP,Bro Harith, Zata, Bang Ngah all the team yang bertungkus lumus susun , siapkan video, Pdf dll. Moga Allah berkati dan membalas jasa kalian yang memberi ilmu mahal tentang jiwa secara saintifik dan praktikal. Perjalanan jiwa ini sangat indah bila kita melihat Allah lakarkan setiap masalah demi untuk kebaikan kita dan dunia sebenarnya...Love u all for the great effort.
Alhamdulillah, terima kasih Bonda MOS90 - Marriage Operating System atas segala ilmu. Dulu ingat kahwin tu bab rasa je. Rupanya ada "operating system" dia. Belajar cara jaga hati, jaga amanah, jaga syurga rumah tangga. Semoga Allah permudahkan langkah seterusnya. Berkahwin untuk cari redha dan syurga Allah SWT...aamiin ya mujib --- 🕋
Assalamualaikum bonda & team. Alhamdulillah sejak saya nekad utk betul2 komited dlm sjs & mos90, banyak perubahan dalam hidup saya yg dpt sy rasakan. - saya makin sabar, tenang dan tidak lagi mudah marah. Antara sebab sy nekad utk komited adalah kerana perasaan bersalah setiap kali marah suami dan anak atas sebab2 yang kecil. Ia selalu terjadi tiap kali saya stress dgn kerja. Tapi, sekarang tidak lagi. Saya makin bijak mengawal emosi sy. InsyaAllah saya akan terus belajar dan komited dengan kelas2 bonda - solat saya semakin terjaga. Dulu sangat susah untuk solat awal waktu dan kadang2 tertinggal. Sekarang sy semakin dapat menjaga solat saya tanpa rasa terpaksa. Alhamdulillah - hubungan saya dengan org sekeliling semakin baik. Semakin saya bljr, semakin sy dpt kawal emosi sy dgn org sekeliling sy - sy semakin jelas dengan apa yang sy mahu dlm hidup sy. Jika dulu sy selalu hanyut dengan perasaan negatif, sejak sy komited dgn kelas2 bonda, sy semakin positif dlm mengejar apa yg sy mahu dalam hidup saya. Terima kasih bonda & team. Semoga sentiasa dalam perlindungan dan rahmatNya.
Assalamualaikum Bonda. Saya ingin berkongsi dapatan saya dr kelas bonda mengenali queen wife vs convinient wife. Masih kuat di ingatan saya, ketika pertama Kali berjumpa bonda live , ketika itu saya label diri saya sebagai "queen" tetapi saat saya memegang microfon itu, air mata saya mengalir dengan sangat laju, dada saya terasa amat berat, saya rasa terlalu penat sehingga saya tidak mampu meluahkan dgn kata2. Ketika Itulah turning point saya bonda. Saya sedar bahawa apa sahaja yang berlaku pd saya selama 16 tahun perkahwinan itu adalah disebabkan diri saya sendiri. Bukan orang lain. Subhanallah. Kelas queen wife di dlm MOS90 ini memberi kefahaman tentang definasi "queen" yg sebenar. Queen itu adalah wanita solehah berjiwa tenang ,yg penuh dengan ketinggian akhlah , penuh dengan kelembutan tetapi confident tegas dengan adab. Sudah lama saya mengimpikan untuk menjadi "queen wife" itu, Namun saya yg dulu selalu berkata "mungkin Aku akan dilayani begini oleh suami sampai Aku tutup mata". Tetapi dengan ilmu bonda ini, subhanallah Allah izin saya mula merasai identity "queen wife" itu.. dan mula merasakan yg berada di sisi saya kini ialah "king husband". Alhamdullilah Kini ianya bukan satu mimpi lagi bonda. Ia nya telah menjadi satu kenyataan dan *harapan* yang jelas untuk kami menjadi *KING QUEEN* itu bonda. Tidak saya sangka saya mampu rasa tenang bahagia sebegini. Ya Allah.. izinkanlah MOS90 berpasakkan nama as maul husna ini menjadi kan kami Dan keturunan kami baik berakhlak tinggi... Ini ibadah kami yg paling panjang. Ya Allah izinkanlah kami menghadiri semua kelas di dlm MOS90 bersama bonda. Ya Allah susunkanlah masa kami semua. Sesungguhnya susunan Engkau Ya Allah yg terbaik.. Ya Allah, izinkan kami nampak ape yang perlu kami nampak, dengar apa yang perlu kami dengar, faham ape yang perlu kami faham dan izinkan kami Amal apa yang perlu kami Amal. Terima kasih bonda... Perjalanan saya Masih jauh...saya pilih untuk teruskan belajar untuk terus menjadi wanita 7D .. mencari Redha Allah.
𝗮𝗹𝗵𝗮𝗺𝗱𝘂𝗹𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵...𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗹𝗷𝗮𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗼𝗻𝗱𝗮..𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗺𝗶 𝘄𝗮𝗿𝗻𝗮 𝗷𝗶𝘄𝗮 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶.𝗮𝗻𝗮𝗸..𝗱𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗸𝗹𝗶𝗹𝗶𝗻𝗴.. 𝗣𝗧𝗦..𝗣𝗲𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁... 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗷𝗶𝘄𝗮 𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹.. 𝗣𝗮𝘂𝘀𝗲 54321 𝘁𝗲𝗻𝗻𝗮𝗴..𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝘀𝗮𝗿𝗮𝗳 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗹𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗿𝗶.. 𝗸𝗶𝗻𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁.𝗿𝗲𝘇𝗲𝗸𝗶 𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿... 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗮𝗶𝗸... 𝘁𝗺𝗸𝘀𝗵 𝗯𝗼𝗻𝗱𝗮...𝗻 𝘁𝗲𝗮𝗺🥰💯
Refleksi Sistem Jiwa Stabil Hari Pertama : Aku Sudah Penat Hidup Secara Rawak Bertemakan apabila diri tidak tersusun, hidup terasa berat, rezeki sukar di urus Assalamualaikum wbt, Selama ini dina cuba... 📌 Jadi kuat 📌 Selesaikan semuanya 📌 Buktikan pada semua Akhirnya, dina fatigue. Rupanya dina tidak beri ruang pada diri, untuk menyantuni diri dengan SISTEM. Bonda, adalah seorang wanita yang memahami wanita. Bonda menjadi pemerhati diri dina melalui penceritaan SJS 1. Ya dina lah tu dalam SJS 1. Yang dah buat pelbagai cara untuk tenang. Namun pattern yang sama berulang. Perkataan yang selalu berlegar difikiran : "Aku memang lemah". Rupanya, dina terlalu berubah tanpa SISTEM. Sebagaimana kelas 7am, Ustaz Harith bagitau. Tujuan hidup kita adalah nak upgrade diri untuk tingkatan kedudukan kita disisi Allah mendapat syurga tanpa hisab. Semuanya perlukan Sistem. Rasulullah pun ada sistem. Dina rasa : "Alhamdulillah, dina ada harapan untuk konsisten." Selama ini, semuanya terasa berselerak, rawak, bagai zarah-zarah udara. Sukar memberi rasa cukup (hati yang tidak tenang membuatkan rasa tidak qanaah, walaupun dapat suami yang baik) Setelah bonda membaca kehidupan dina, then bonda install. Agar dina tidak bergantung kepada selain Allah. Pastinya ujian yang amazing tetap ada, apabila ada sistem, dina mampu hidup tanpa bergantung kepada emosi dalaman & motivasi extrisik seperti apabila suami berubah. Satu benda dina dapat. Selama ini dina hidup secara rawak. Micro action harini : ✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️✍️ Hidup dina terasa berat kerana : 1. Dina tangguh perkara yang dina patut buat dahulu ➡️ Dina dengar ilmu nonstop walhal saat anak-anak pulang nanti nak lunch. Sepatutnya dina tak tangguh dan masak lebih awal agar anak-anak balik boleh terus lunch. 2. Dina takde clarity berkenaan priority ➡️ Perkara priority dina perlu buat sekarang adalah: i. Solat TMJ (tepat waktu, berjemaah, dimasjid/mihrab rumah) ii. Penuhi tabung emosi keluarga iii. Beri manfaat melalui khalifah code 3. Dina tak konsisten ➡️ Dina ada limiting belief bahawa dina kurang pandai menyebabkan dina kurang memberi komitmen untuk terus istiqamah. Jadi untuk sesuatu kelas, dina selalu perlu ulang-ulang tanpa sistem akhirnya tak habis. Selepas adanya sistem, dina tidak perlu fokus semua. Dina hanya perlu ambil sedikit, namun istiqamah/konsisten. 4. Dina tiada rutin yang menyokong ➡️ Dina mula membina asas melalui kelas-kelas bonda. Bateri Jiwa menjadi foundasi tapak yang kukuh, penuhi jiwa diri baru dapat memenuhi orang lain. SJS menjadi scaffholding, provide stucture sebagai boundary yang stabil. 5. Dina selalu penat even baru tengahari ➡️ Dina mula menjaga kesihatan tubuh dengan makan sihat, dina kurangkan makan nasi putih dan lebihkan buahan, ambil madu dan air siraman. Dina dapat rasai bahawa bukan sahaja badan lebih cergas, malahan emosi lebih tenang dan suka senyum pada keluarga. Dina tidak penat kerana hidup semata-mata, dina penat kerana dina belum ada sistem yang menyokong hidup dina. ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ Alhamdulillah. Setiap Sistem Jiwa stabil disulam recode dan diberkati dengan doa. Terima kasih Bonda yang Murabbi & Team yang awesome 🌹
SYUKUR ALHAMDULILLAH Terima kasih Bonda, special session semalam buat sy rasa sgt kaya. Bermula dgn kuiz tu sambil drive, it's ok dapat jawab dan sy bersedia berubah. Syukur investment ilmu selama ni rasa sgt bernilai. Namun selagi perang dalam diri tak selesai, bateri jiwa cepat kosong. APR invest - naik jiwa - duit kejar. Lepas TOJ Bonda ada pesan buat perkara y berat timbangan. Dari bangun pagi buat apa yang dirasakan perlu. Santuni tangki emosi anak3 sebelum ke sekolah. Petang kami dine in, suprisingly ada sahabat bayar bil meja kami anak beranak. Ya Allah anak3 pun happy sgt. Tenang - clarity = tak bocor Cerita doormat 🫢 & Queen buat sy ketawa. Yes sy seorang y BERNILAI !! Terima kasih Bonda 🤍 InsyaAllah keep learning and growing 🎀 Ain Inshira
Selepas saya join kelas SJS saya mula faham rupanya emosi sangat relate dgn rezeki, kesihatan dan hubungan dgn suami, anak2 dan orang lain. Jiwa luaran saya adalah cermin jiwa dalaman saya yg berselerak Stress dan anxiety saya adalah sebab emosi negatif saya yg terlalu lama saya simpan dan tidak dilepaskan. Saya mula faham bonda kupas satu persatu kenapa setiap emosi negatif itu terjadi dan Cara merawat emosi itu. Selepas saya join satu.persatu kelas dlm SJS Saya dapati kesihatan saya semakin baik, hubungan saya dengan suami dan anak2 juga menjadi baik, rezeki saya mengalir sebelum ini rezeki saya berkurang tanpa ada pertambahan. Terima kasih bonda....saya jumpa jawapan yg pada emosi yg membelenggu diri saya.selama.ini
Ini refleksi saya daripada kelas Sistem Jiwa Rezeki 21/4/26; Ayat paling memberi kesan ialah 'Allah sumber, aku hanya saluran'. Saya seolah dapat spark bila saya faham sangat pernyataan ini dan kini saya pilih untuk jadi saluran Allah, saya nak bina kabel kuat dengan ya Jawwad yang maha memberi aliran rezeki berterusan. Sebab aliran ni tak putus dan bila saya tak jadi saluran tu, pasti disalurkan kepada orang lain, Allahu ya Mannan pilih aku sebagai saluranMu. Dan kelas semalam dah susun padam banyak data di hati-minda seolah defragmenting hard drive process completed dan kini hati-minda lebih banyak space. Subhanallah, ya robbi lakal hamdu.
Feedback kelas MOS. Alhamdulillah rezeki dapat join offline di butik bonda. Ilmu berbeza dalam online dengan offline. Dapat salam bonda dan mamatiyah. Bersyukur. Sangat bahagia bila berguru dan jumpa. Sangat2 lain. Betul la adik beradik cakap bila dpat jumpa hight energy tu MasyaAllah. Team dan sahabat2 semua baik2. Semua sama tujuan menuju redha dan kasih sayang Allah. Harini saya benar2 stabil jiwa. Anak2 semua happy. Suami pon tenang jaga anak2 semasa saya dalam kelas semalam. Saya tak penah rasa setenang ini dengan anak2. Betul bila tenang. Anak2 turut rasai. Ank duduk dan peluk saya sepanjang balik. Dia cakap sayang ibu. Suami ajak naik cameron selepas class. Perjalanan sangat lancar. Anak peluk dan duduk atas saya sampai cameron tanpa meragam. Happy sepanjang perjalanan. Kini saya rasa orang baru yg benar2 kembali kepada Allah. Bertaqwa kepada Allah. Jadi ibu yg tenang, jadi isteri yg taat, kasih sayang tanpa syarat pada semua orang dan memberi manfaat. Sekarang Saya tak push diri untuk sempurna namun saya usaha buat benda kecil2 nampak hasil. Saya betul2 rasa tenang bila buat macam tu. Allah bantu Allah bersama. Yakin dengan Allah. Saya jalani kehidupan dengan sedar serta bertawal kepada Allah. Terima kasih bonda buat kehidupan ini dah ada tujuan dan terurus. Kembali kepada diri sebenar guna otak manusia. Allahuakhbar. Sentiasa qalbun salim. Dan melihat dengan nafsu mutmainah. Jiwa bebas dijaga Allah tanpa rasa kosong. Tujuan hidup didunia nak kembali kepada Allah khusnol khotimah. Allah Ya Hafiz dan Allah Ya Muhaimin memelihara jiwa ini. Allah Ya Jabbar. Membaiki perlahan2 diri dengan Izinnya. Bonda sentiasa guna nama2 Allah Sepanjang belajar. Dan sekarang saya praktikkan dengan anak2 guna Asma Ulhusna selarikan dalam kehidupan. Sangat powerfull rasa keberadaan diri bersama Allah. Amazing vn sjs tu dengar terus bertindak. Sekarang bila guna duit dengan rasa moment best sangat2 bersyukur Allah memberi rezeki sangat banyak. Dah tak rasa takot untuk transaction. Sentiasa rasa cukup. Tak takot lagi dengan rezeki Allah. Lapangya dada. Allah dah beri kita kekayaan. Nikmat sihat, organ sempurna, pernafasan free tanpa kena bayar. Itu benar2 kekayaan rezeki Allah beri.😭 Bonda cakap kalau kita rasa jiwa xstabil , nak tingkatkan hormon best2 keluar. Banyakkan memberi dan gembirakan orang. MasyaAllah saya buat saya jumpa penjual tepi jalan saya sedekah lebih. Orang menerima mendoakan kita . Aumatomatik energy meningkat rasa transformasi. Saya jumpa kanak2 dalam surau saya memberi duit dengan rasa syukur. Perasaan bahagia itu xdapat digambarkan. Anak pernah cakap ibu suka sedekah saya nak jadi macam ibu. Subhanallah. Saya pergi cameron dan singgah kedai bunga, anak saya memilih bunga itu disebabkan anak nak hadiahkan pada saya. Dia cakap ibu sangat baik dengan adik. Saya suka bunga rose merah, anak saya memilih bunga lain. Saya ikut apa pilihan dia saya hargai. The same time magik yg sya dapat, moment bunga free dari auntie jual bunga itu. Yg paling terkejut dia bagi bunga rose merah yg saya suka. YaAllah Allah maha baik, Saya menyebut saya layak menerima dengan rasa syukur. Subhnallah. Sampai saya cakap kat anak, baik kan Allah bagi bunga free dekat ibu. Allahuakhbar Anak saya jawab Allah gerakkan hati Auntie tu. Saya terkesima dengar anak jawab macam tu. Dia baru darjah 1. Bertaqwa pada Allah. Allah memberi tanpa kita meminta. Dasyat. Saya dah rasai sekarang. Saya yakin dan percaya MOS90 ini selama 3 bulan membuat hidup ini bersistem. Menjadi khalifah serta memberi manfaat pada semua orang. Aminn Ya Mujib🤲🏻❤️