© 2026 Muhayya Magical Sdn Bhd. All Rights Reserved.

✅Bahagia bersama Pasangan ✅Bahagia bersama Mertua ✅Bahagia bersama Ibu Bapa ✅Bahagia bersama Anak-anak ✅Bahagia dengan Diri Sendiri ✅Lebih dekat dengan Allah SWT ✅


Insyallah Bonda doakan setiap yang anakanda sayang lakukan ke arah kehidupan yang bahagia,tenang, gembira ini diberkati dan diredhai Allah SWT. Amin... Bonda sayang anakanda...
3 months of access
7 days of access




















Alhamdulillah Ini Rezeki Transformasi Jiwa yang berlaku setelah selepas setahun bersama Ilmu Diamond Life Magical Coaching 2025… Alhamdulillah hasilnya saya dapati diri saya yg telah diisi dengan Ilmu Diamond telah ditopup dengan Ilmu evolusi Prof Muhaya Sistem Jiwa Stabil 30 Hari Voice Note… Alhamdulillah… Hasilnya saya lebih cepat menyerap Ilmu sistem Prof Muhaya bina… Mashaaa Allah Tabarakallah… Syukur atas Nikmat Rezeki Transformasi yang berlaku dari seorang yg Tak Tahu berubah menjadi seorang Yang Tahu Ilmu dan terus memperbaiki diri hari demi hari.. Alhamdulillah 🩷🩷🩷🩷🩷 Refleksi Keajaiban: Mengubah Pola Fikir & Menemui Ketenangan Alhamdulillah... Semalam saya memilih untuk diam dan mula mengubah cara saya berfikir. Saya memberanikan diri membuka mikrofon untuk berkongsi maklum balas secara lisan, dan Bangah serta Kak Zata telah pun unmute saya. Namun, selepas beberapa ketika, saya dapati status saya telah di-mute kembali. Saya berhenti sejenak (pause). Saya cuba melihat situasi ini sebagai peluang untuk memecahkan pattern lama saya. Saya katakan pada diri, "Barisan coach dan circle barakah ini sedang memberitahu bahawa saya perlu mengubah pola tindakan saya pagi ini." Maka, saya berubah dari memberi maklum balas secara lisan kepada menulis refleksi. Saya kongsikan cerita, situasi, dan pengalaman ajaib yang berlaku semasa kelas Rezeki Bonda (8.45 - 10.30 malam tadi). Menghancurkan Suara "Self-Sabotage" Kebetulan, suami saya perlu stayback di pejabat kerana urusan pertukaran sistem. Dulu, bila ada pertembungan antara waktu kerja suami dengan kelas Bonda, saya akan mula merasa stres dan overthinking. Suara self-sabotage mula berlegar-legar: • "Macam mana dengan anak?" • "Siapa nak masak dinner?" Namun, keajaiban berlaku! Kali ini saya sangat tenang. Saya mendengar suara baru yang semakin jelas berkata: "Join sahaja kelas malam ini sambil berbaring di atas katil, awak boleh pejamkan mata..." Menikmati Rezeki Yang Tidak Salah Alamat Alhamdulillah, itulah yang berlaku sepanjang sesi kelas tersebut. Anak saya setia menjadi peneman di sisi. Dia memerhatikan saya dan sesekali bertanya untuk memastikan saya benar-benar ada di situ: "Mummy tidur ke?" Saya jawab, "Mummy tak tidur, Mummy dalam kelas Bonda. Bonda sedang bercakap. Hafiya siapkanlah kerja sekolah ya." Walaupun dalam posisi berbaring dan mata terpejam, suara Bonda sangat jelas kedengaran. Hafiya cuba menarik perhatian saya; dia mengambil telefon, dia cuba memanggil daddynya, dia bertanya tentang pesanan WhatsApp yang dibalas oleh suami saya. Saya lihat dia bermain bedak sehingga penuh wajahnya sambil bercakap-cakap sendiri seperti bayi. Dia sangat menikmati momen itu. Akhirnya dia berkata, "Mummy, Hafiya belum rasa nak tidur lagi. Hafiya nak tiru Mummy, nak tidur sama dengan Mummy." Saya katakan, "Okay, boleh." Respons Baru, Jiwa Yang Baru Apabila kelas tamat, Hafiya meminta susu dan kainnya. Reaksi spontan saya dulu, biasanya saya akan rasa sangat penat dan melepaskan kepenatan itu pada anak dengan berkata, "Hafiya kan dah besar..." Tetapi semalam, saya nampak perubahan pada wajahnya bila saya berbaring semula. Segera saya bangun, dan dia terus ikut di sisi menemani saya membancuh susu. Di bilik, saya mendengar suara hati berkata, "Anak awak dah nak tidur tu..." Saya pun melakukan rutin yang pernah saya pelajari dulu. Sebelum tidur, saya bertanya: • "Hafiya happy tak hari ini?" (Dia jawab: Allah yang buat Hafiya happy) • "Baikkan Allah? Allah bagi Hafiya happy, bagi kawan, bagi main, bagi sihat. Hafiya bersyukur tak?" (Dia balas: Syukur) Setelah itu, saya nampak dia mulai tenang dan bersedia untuk tidur. Recode Prof Muhaya : Hilang Rasa Bersalah dalam diri Dulu, setiap kali saya buat begini, akan timbul rasa bersalah. Namun melalui ilmu recode, rasa bersalah itu hilang. Saya ucapkan: "Thank you Hafiya... Hafiya baik sangat hari ini. I'm sorry, I love you." Saya ajar dia untuk membalas perkara yang sama kepada saya. Semalam, saya berjaya mengubah state diri lagi. Saya lakukan rutin yang sama dengan penuh kesyukuran bersama bidadari kecil saya. Inilah hidup "magic" yang sentiasa saya didik dalam diri. Saya pasakkan kata-kata "magic" ini sebagai pembina diri saya. Alhamdulillah, syukur Bonda... Terima kasih atas ilmu ajaib ini. I love you Bonda. Guru yang sangat saya cintai.🩷🩷🩷🩷 #kisahkehidupan #kisahtransformasijiwa #TransformasiJiwa #profmuhaya #alhamdulillah__الحمد__لله
Assalamualaikum ini feedback diri saya selepas belajar dan sentiasa ulang bateri jiwa. 1)Terkesan pada diri sangat amazing hidup lebih tenang dan teratur. Apa yang saya nak buat sya pilih yg penting dulu. Allah bagi masa banyak untuk solat sunat, baca alquran dan tadabur. Saya rasa keberkatan masa tu dah sekrang. masuk circle 7am dan 5pm. Itu yg saya jarang buat dulu. Hari2 bangun pagi rasa energetic. Walaupon pagi2 anak sekolah, jadi tersusun mudah je. Kalau dulu terkejar2 urus anak. MasyaAllah bila kita tenang. Kita menang pagi kita. Fikiran saya dah bole stop overthinking, itu paling mahal yg saya nak. Bila solat kita dah tak fikir banyak benda. Solat dengan sedar diri, solat dengan rasa hadir pada Allah. Nikmat yg tak terkata. Dari segi kesihatan. Sejak belajar 4 bulan, gula putih dah tak beli. Makan kedai saya elakkan selagi boleh. Alhamdulillah Sakit kepala saya sudah tiada. Anak2 aktif dan sihat. ubat dalam peti ais dah xda.sebelom ni setiap bulan anak saya selsema. Sekarang anak saya sihat dan cerdas. Allahuma barik. Allah bila kita sedar kesihatan itu mahal, kita jaga amanah. Allah bagi rezeki sihat. Nikmat sihat itu yg tak boleh dibeli dengan duit. Siraturrahim sangat terkesan bila saya pergi teraweh atau jumpa orang dimana2. Saya mulakan dulu bagi salam dan hulur tangan. Sebelom ni saya tiada kekuatan untuk mulakan dulu. Rasa tenang dan sayang semua orang Setakat ini perkongsian saya. Bersyukur kepada Allah. Terima kasih semoga Allah rahmati bonda dan team.
subhanAllah, it is an amazing journey with bonda dalam Bateri Jiwa..ia sangat menyentuh keseluruhan aspek kehidupan seseorang insan, bermula dari mengenali dan sayangi diri sehingga boleh mencintai insan lain tanpa syarat..jadi diri penyayang dahulu dan jadi insan yang bermanfaat dengan menyebarkan cintaNya tanpa syarat..betul, ia adalah asas/tenaga kepada diri ini bila Allah izin amalkan, yang telah diinspirasikan oleh bonda di mana bonda sendiri telah amalkan sehingga menjadikan bonda sebagai 'charger' kepada diri dan insan sekeliling bonda (rahmatan lil'alamin)..barakallahu lakum bonda dan semua amazing team 😉🌸
Alhamdulillah..terima kasih Bonda beri ilmu Bateri Jiwa yang sangat deep.Belajar kali ni membuatkan emosi saya dari 2/10 ke 9/10.Dari seorang yang cepat marah dapat belajar mengawal emoi.Saya makin kenal apa emosi yang saya sedang jalani.Ilmu Bonda sangat banyak membantu saya melakukan perubahan.Terima kasih Bonda❤
Kelas 1-8, kenali.diri..mmg terus audit diri, terus rasa sedar diri, apa yg telah Dan insyallah dengan ilmu bonda sya akan terus memperbaiki diri utk jadi yg lebih baik wpun tidak sempurna..terima kasih byk² bonda dengan ilmu dlama bateri jiwa😊🥰
Dari Mini Transformational - 7 Hari Bangkit dari Malas Fikir. Saya dapat kejelasan dan kefahaman mengapa langkah saya (untuk melakukan sesuatu) selalu terhenti separuh jalan. Memahami apa yang menyekat pemikiran saya, memperbaiki niat dalam setiap perbuatan saya. Cara untuk berfikir dengan zikir, kembali kepada Allah. Terima kasih.
Alhmdulillah...terima kasih bonda ats perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat sy akn amalkn ilmu yg bonda kongsikan dan sy akn sebarkan juga pada org lain insya allah...ilmu yg bonda kongsi kn menjadikan sy insan yg lebih sedar diri dan mengenal tujuan hidup sy yg sebenar terima kasih bondaaa 🥹
Alhamdulillah terima kasih bonda siap Bateri jiwa sangat brmkna bila belajar ilmu bonda kita boleh ulang2 video ni sebelum dengar 2 /10 selepas dengar Alhamdulillah saya 10/10 sangat best ada bateri jiwa kenali diri..
Alhamdulillah saya dapat siapkan BATERI JIWA dalam masa 3 minggu. Saya suka slide dan infografik yg disediakan sebagai reference. Kesihatan : 2/10 selepas 7/10 Skala intelektual :2/10 selepas 8/10 Skala emosi: 3/10 selepas 9/10 Skala rohani :4/10 selepas 9/10 Skala perhubungan social : 3/10 selepas 10/10 Kelas kenali diri amat bermakna bagi saya sbb bila kita kenal diri kita hidup bersama Allah swt. Saya ambil masa yg agak lama dan berulang² utk selami lebih dalam kelas kenali diri. Alhamdulillah sekarang saya hidup dalam SEDAR .InshaAllah akan terus istiqamah Peristiwa+respon= Hasil kehidupan.t.kasih bonda and team.
Skala emosi sebelum 3/10 Skala emosi selepas 9/10 Kursus ini membuatkan saya berhenti seketika dan benar-benar melihat diri sendiri. Selama ini kita sering sibuk dengan kehidupan sehingga jarang bertanya kepada diri, siapa kita sebenarnya dan ke mana arah hidup kita. Melalui kursus ini, saya belajar bahawa mengenali diri adalah permulaan kepada perubahan yang sebenar. Saya juga tersentuh apabila menyedari betapa berharganya silaturrahim. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kehadiran orang lain dalam hidup kita sebenarnya adalah satu anugerah yang menguatkan hati. Dalam perjalanan kursus ini, saya belajar bahawa hubungan yang dibina dengan keikhlasan mampu memberi ketenangan yang sukar digambarkan. Kursus ini juga mengajar saya tentang penguasaan diri. Tidak semua perkara dalam hidup boleh kita kawal, tetapi kita sentiasa boleh memilih bagaimana kita bertindak balas. Di situlah saya belajar untuk lebih tenang, lebih sabar dan lebih memahami diri sendiri. Yang paling menyentuh hati saya ialah tentang redha dan mencintai tanpa syarat. Ada perkara dalam hidup yang tidak dapat kita ubah, namun apabila hati belajar untuk redha, beban itu terasa lebih ringan. Dan apabila kita belajar mencintai dengan ikhlas tanpa syarat, kita sebenarnya sedang mendidik hati untuk menjadi lebih lembut dan penuh kasih. 31 video tetapi kesannya sangat mendalam. Ia mengingatkan saya bahawa kehidupan bukan sekadar tentang mencapai sesuatu, tetapi tentang membentuk hati – untuk mengenali diri, menjaga hubungan, menguasai diri, belajar redha, menjadi kreatif dalam melihat hikmah, dan mencintai dengan penuh keikhlasan.