












Magical Marriage 4.0
[ONLINE] LIVE via Zoom pada 13 November 2025 selama 2 jam (8pm-10pm)

[HYBRID] On-Site LIVE di Main Hall, Butik Jiwa (single seat) & Training Hall, Muhaya Tenang Centre (couple seat) dan Online LIVE via Zoom pada 16 November 2025 selama 4 jam (8.30am-12.30pm)

[ONLINE] LIVE via Zoom pada 20 November 2025 selama 2 jam

* Klik pada peta untuk buka di Google Maps bagi mendapatkan arah
Program ini boleh dihadiri secara talian dan fizikal
Sila ke dashboard kusus ini, sila ke My Courses atau Enter Class dari Kursus ini
Plan JOURNEY OF US anda akan dapat layari kelas secara talian melalui Dashboard Kursus ini, sila ke My Courses dan Enter Class








Alhamdulillah, terima kasih Bonda dan seluruh team Muhayya Magical atas ilmu yang sangat memberi kesan besar dalam hidup saya. Saya ibu muda berusia 25 tahun yang baru berpisah, jujur saya datang ke program ini dalam keadaan emosi yang bercampur-baur. Luaran saya nampak kuat dan “ok”, tapi hakikatnya hati saya penuh kekeliruan, luka dan persoalan tentang makna perkahwinan serta perpisahan yang saya lalui. Alhamdulillah melalui Magical Marriage, saya mula melihat perkahwinan dari sudut yang berbeza, sebagai ibadah terpanjang dan jalan menuju Allah, bukan sekadar peranan suami isteri atau kebahagiaan emosi semata-mata. Allah izin Ilmu ini perlahan-lahan menenangkan hati saya, memberi kelegaan dan rasa ringan yang tak pernah saya rasai sebelum ini. Saya sedar selama ini saya banyak bertindak tanpa kefahaman, mengulang skrip kehidupan yang saya duplicate dari parents saya n tak sedar rupanya luka tu perlu dirawat n taktahu cara untuk sembuh. Alhamdulillah Di sinilah bermulanya transformasi saya. Saya belajar mengenal diri, menerima kelemahan, dan memulakan proses penyembuhan dengan penuh rahmah. Yang paling saya syukuri, ilmu ini bukan sekadar beri faham di akal, tapi benar-benar menyentuh hati. Hala tuju hidup saya kini lebih jelas,untuk menjadi hamba Allah yang lebih sedar, dan ibu yang lebih berakhlak baik untuk anak saya. Magical Marriage adalah ilmu yang sangat berstruktur, praktikal dan mudah diamalkan. Saya mendoakan agar ilmu ini dapat dipelajari oleh semua, sama ada sebelum berkahwin, ketika berkahwin, atau selepas berpisah. Alhamdulillah 🤍
Student
Bismillahi, masyaAllah. Alhamdulillah, Allah pilih dan rezekikan Norz dapat hadir fizikal ke Workshop Magical Mariage 10X (MM 10X) di butik jiwa Muhayya Centre, Kajang dengan memanfaatkan tiket "Pejuang Cinta Suci (seat Single)" kerana pasangan belum sedia hadir belajar bersama namun beliau izinkan itu pun satu (1) anugerah hadiah terindah. Impak daripada content, rakaman video-video magical moment & gambar wefie, group photo etc sangat memberi makna. Tempoh 5 jam dengan kualiti masa yang sangat menyerlahkan suasana emosi rasa cukup terpenuhi sehingga partner in taqwa (suami) setuju (belum 24 jam MM 10X melabuhkan tirai), beliau merasakan telah hadir fizikal untuk belajar bersama next Workshop Magical Marriage 10X 2.0 yang belum dinyatakan tarikhnya lagi. Syukur rasminya tarikh Workshop MM 10X 2.0, (Norz hadir belajar bersama pasangan dan ianya adalah workshop ke-2 kami secara fizikal). Kami merasakan ilmu yang sangat berkembang seiring indahnya perjalanan perkahwinan yang juga ibadah paling panjang kami dan pastinya setiap 'pencarian & persoalan' terjawab malah memberi satu kejelasan umpama anak panah tepat pada sasaran melalui lagu 5 teras: "tenangkan saraf, lembutkan hati, pulihkan luka, betulkan makna, matangkan hubungan." Indahnya ia menjadi lagu family kecil kami. Dengan bahagia dan penuh kesyukuran, Norz menyeru semua tanpa mengira status (anak, isteri, suami, balu, ibu tunggal/berdikari, masih berpasangan hatta atuk, nenek, majikan dan pekerja @ sesiapa jua) yang ingin bahagia kerana "hanya orang bahagia akan membahagiakan." Hadiahkanlah diri kita dengan ilmu kehidupan yang sangat mahal ini kerana ia pasti dapat merungkai 1001 rasa dari akar jiwa sekaligus mampu mewujudkan rasa bernilai dari dalam diri yang mungkin pernah kita lupa mahupun abaikan, selain untuk santuni family dan persediaan kepada lebih 7 keturunan. Bonus 30 hari voice note pagi & petang melengkapkan transformasi jiwa yang sangat tenang, lapang & saraf dapat rasa selamat. Hidup ini terlalu indah bila kita kembalikan segala hanya kepada Allah S.W.T dan kita dapat meraikan hidup dengan sistem saraf yang selamat. Terima kasih bonda dan team untuk platform tepat dapat kami nikmati setiap aturan dari Allah itu semua baik & terlalu indah. Di sinilah permulaan kita jadi cycle breaker "proses memanusiakan diri dan jadi role model kepada lebih 7 generasi" jua. Allahumma Aamiin Ya Mujib 🤲🏻🦋
Student
Alhamdulillah Allah izinkan sy dpt belajar ilmu mahal Magical Marriage 10x dari bonda secara offline.. First time sy dtg ke butik bonda semasa Magical Marriage 2.0 namun sy bukan sebagai peserta hanya menghadiri majlis jamuan Raya.. Rasa seronok ketika ternampak adik beradik yg lain berada di atas dan terdetik dalam hati bestnya dpt belajar bersama.. Alhamdulillah Allah pilih dpt join Magical Marriage 3.0 secara online.. Wanita Dicintai, Podcast Bonda & Mama Tiyah, Magical Marriage 4.0 secara offline.. Dapat rasa beza belajar secara online & offline.. MasyaAllah sangat best dapat bersama² adik beradik yg lain dlm majlis ilmu secara offline dan terasa vibes yg luar biasa.. Moment paling best bila ayahanda berikan bonda bunga dan saya tumpang rasa kebahagiaan tersebut.. Selama ini saya tak dapat lihat kebahagiaan parents saya disebabkan mereka telah bercerai.. Rasa sangat bersyukur dpt belajar ilmu Magical Marriage nie kerana bonda terangkan ilmu tentang 7 Lapisan Kesedaran Dalam Perkahwinan, 4 Gaya Keterikatan (Attachment Style), Sistem Keluarga Dalaman (IFS), Integrasi 7 Lapisan.. Sy rasa diri di reset semula semasa bonda buat recode..Ketika bonda recode dada rasa menyucuk dan kepala rasa sakit lepas balik dari MM.. Malam dari menghadiri program tersebut sy dpt recall moment² masa kecil dan baru sy dpt temui apa trauma² yg telah saya alami.. Ilmu nie sgt penting untuk saya ketahui dan pelajari agar dpt lebih mengenali dan memahami diri serta pasangan.. Mula dpt kesedaran dlm diri apa yg perlu diperbaiki dlm perkahwinan demi menyelamatkan generasi yg akan dtg.. Trauma masa kecil saya bawa ke perkahwinan saya tanpa sy sedari namun dengan ilmu ini membantu untuk saya rawat diri dan pulihkan semula.. Terima kasih bonda dan team atas program yang telah dianjurkan..
Student
Assalamualaikum bonda, sujud syukur allah pilih saya dapat hadir bersama pasangan kelas Magical Marriage bonda. Selepas belajar dan amalkan ilmu yang saya dapat rumahtangga saya makin sweet sekarang, selepas hadir magical marriage 10x saya dan suami makin saling faham memahami, dah pandai cara komunikasi yang lembut dan saling menghargai.... mahal sungguh ilmu yang bonda beri Allahuakhbar.. saya terus istiqamah belajar dengan bonda, ilmu perlu diulang2 dan istiqamah kerana setiap kali sy ikut kelas bonda, kefahaman saya makin meningkat dan ada benda baru yang saya dapat walau sebelum ni ilmu yang sama bonda kupaskan saya belum faham.. masyaallah.. Syukur pada Allah dan amat berterima kasih pada Bonda dan team, semoga Allah membalas dengan sebaik2 ganjaran amin2❤️🌹
Student
Student
Alhamdulillah saya bersyukur dapat join wshop magical marriage 10x buat pertama kalinya dalam kehidupan saya sebagai seorang ibu berdikari. Ilmu yang saya perolehi ini saya sharekan kepada adik dan kepada ahli keluarga yang terdekat sebagai ilmu yang mereka dapat amalkan dalam kehidupan mereka sebagai seorang isteri. Ilmu ini sangat penting untuk semua rakyat Malaysia yg kekurangan ilmu bab perkahwinan. Asbab kekurangan ilmu kadar penceraian di bandar2 besar meningkat setiap hari! Semuanya asbab ilmu ikut ikutan dpd ibubapanya dari generasi ke generasi yang diperturunkan dan yg dilihatkan. Ilmu heal trauma, voice note bimbingan pagi dan petang pada setiap hari turut disediakan oleh pihak MM UNTUK DIAMALKAN oleh semua yang memperolehi kursus ini. Ilmu yg diberikan juga tersusun dengan rapi dan tidak jumble up! Ianya diselitkan dgn ilmu neuroscience dan ilmu yg dipermudahkan supaya mudah difahami dan diamalkan. Setinggi tinggi terima kasih bonda Prof. Muhaya dan team MM saya dapat belajar banyak perkara daripada course ini selama sebulan! Dan saya percaya ramai peserta berubah dan bahagia!
Student
Alhamdulillah Syukur, Workshop MM 10x sangat mengubah sudut pandang saya terhadap pasangan. saya sentiasa memandang pada diri, betulkan diri dan segala amalan yang Bonda kongsikan membawa saya ke arah lebih baik dan getaran perubahan bermula dari saya merangsang suami dan anak-anak ke arah yang sama, menuju redha Allah. Workshop ini adalah ilmu MESTI 2025 untuk setiap insan tak kisah di mana status anda: anak, suami, isteri, pekerja, majikan atau sesiapa pun. Alhamdulillah.
Student
Alhamdulillah syukur .. ahaa moment selepas MM sekarang baru nmpk kejelasan mengenai diri yg lebih dalam..sebenarnya diri saya yg bnyk terluka sbb tu saya bnyk lukakan org sekeliling terutama pasangan.. sgt deep setiap kata2 bonda.. Tq bonda
Student
Alhamdullah terima kasih bonda, sangat best
Student
Saya adalah peserta online Magical Marriage 10x ni..kesan selepas kelas? Luar biasa perasaan, abundant of love. Jujur habis kelas bengkak mata menangis..betul2 healing 4jam kelas tu. Paling mahal, rasa sayang pada suami makin banyak..macam penuh terus tangki kasih sayang…sebelum tu macam2 kdg sangka pd suami
Student
Testimoni Taz Hussin (dari Singapura), peserta VIP ladies, Magical Marriage 10x: Saya hadir sebagai peserta solo - yang tidak membawa pasangan. Namun, kehadiran saya banyak memberi impact positif yang sangat dalam - dari markah Spektrum Jiwa saya dari 6/10 sebelum ini (masih lagi dalam process capai 10/10 dari hadirkan diri Magical Marriage sebelumnya). saya dapat berjaya capai 9/10. Dengan markah yang melonjak sebanyak ini adalah satu pencapaian yang luar biasa. Sangat Magical. Perubahan ini sangat ketara atas sebab ilmu yang bonda ketengahkan semasa sessi ini. Contoh ilmu 7 Lapisan Kesedaran Dalam Perkhawinan, 4 Gaya Keterikatan (Attachment Style), Sistem Keluarga Dalaman (IFS) dan yang paling kemuncak adalah ilmu Integrasi 7 lapisan. Wow!!! Berbekalkan ilmu ini lah saya dapat mengamalkan dengan ikhlas dan yakin ia dapat membantu saya "evolve" dalam perkahwinan saya. Suami saya juga secara tidak langsung dapat energy yang luar biasa. Emosi dan "state" kami sebagai pasangan suami isteri sangat melengkapi. Benar apa yang selama ini bonda Dr Prof Muhaya ketengahkan, sangat penting untuk kita faham benar benar akan eco system keluarga. Apabila kita ada ilmu sedar diri dan self love, pulih sebaiknya dari luka batin kita, perkahwinan dan pasangan kita juga dapat berubah ke arah kebaikan. Secara tidak langsung, keturunan kita dengan izin Allah menjadi ketuturan yang Allah redha. Sessungguhnya, Pengalaman kita dengan seseorang bergantung kepada apa kita lihat dan dengar. Oleh itu, apabila kita berubah, sekeliling kita juga dapat berubah.
Student
Ya Allah.. banyak yang Hilwah dapat dari MM. Workshop boleh mengubahkan kehidupan seseorang ke jalan yang diredhai oleh Allah. You are no longer Mangsa. Terima kasih Bonda dan Team.
Student
Student
Student
alhamdulillah terima kasih bonda, sangat best MM 10X kali ni
Student
Student
Student
Student
Allahuurabbi alhamdulillah.syukur
Student
Alhamdulillah.. Terbaik
Student
Student
Alhamdulillah
Student
Alhamdulillah. Tkasih bonda. Banyaknya suplement dn ubat hati yg bonda sediakan. Semua ebook, kuiz dan recode yg bonda beri, sgt mbantu saya memahami dn mengubah cara pandang saya tentang bahagia dalam perkahwinan. Dulu saya rasa mcm dah ok, tpi rupanya masih banyk ruang dn perkara yg perlu dn boleh saya perbaiki. MashaaAllah. Amazing
Student
Alhamdulillah syukur Allah bagi nikmat yg sangat brharga..yg pertama kali masuk online magical marriage.. dengar recode rasa tenang taubat utk diri sendiri...
Student
Maa Shaa Allah.. Alhamdulillah.. syukur.. byk kesedaran dan byk heal jiwa sy.. rasa sy makin lembut dan mengutamakan kasih drpd hati.. bkn hanya kpd suami dan anak.. sesiapa sahaja.. subhanallah
Student
Saya dapat banyak kesedaran class pre. Luka saya menyebabkan orang lain terluka. Allahuakbar.
Student
Student
pre class magical marriage amazing dapat banyak sgt kesedaran diri yg terluka tanpa sedar melukai org sekeliling tq bonda
Student
Allah.. check up the daily Recode! Pagi sampai 15-16minit, punyalah sayangnya Bonda kepada anak2nya.. Bismillahi AllahuAkhbar ...jom sama2 perbaiki diri, perbaiki perkahwinan dan perbaiki parenting skills kita...
Student
Student
terima kasih bonda atas segala ilmu..byk ilmu yg bermanfaat utk kami jalani ibadah yg paling panjang..
Student
Student
Deep Recode Jiwa ikut warna ni, kena dengan Jiwa saya...terima kasih Bonda n team kedua-dua TPE PTS sangat dasyat dalam membemtuk komunikasi untuk memahami pasangan dan bercakap dengan pasangan, strukture yg sangat jelas dan mudah utk digunakan dan di fahami. Sangat mudah di fahami dengan struktur NVC-Lite itu. TQ Bonda untuk ILMU mahal ini.
Student
𝐌𝐚𝐠𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐫𝐫𝐢𝐚𝐠𝐞 ilmu yg patut diamal semua golongan. bujang,berkahwin juga yg pernah berkahwin..
Student
Student
Student
Student