Muhayya Magical ditubuhkan pada tahun 2017, apabila Prof Muhaya sangat suka memberi dan menerima hadiah telekung dan serta memastikan pakaiannya adalah "Ready Solat". Jika kita mahu kelihatan cantik di hadapan orang, berpakaian cantik dan mewah dalam majlis, apatah lagi ketika kita menghadap Tuhan sekalian alam. Cantik, selesa, elegan adalah ciri utama sentuhan Muhayya Magical dan kolaborasi bersama Bawal Exclusive ini adalah bagi memastikan setiap wanita sentiasa tampil menawan. Impian kami adalah ingin terus menyebarkan kasih sayang, memuliakan anda sebagai keluarga kami
Muhayya Training Centre ialah pusat latihan transformasi diri dan kekeluargaan di bawah bimbingan Prof. Dr. Muhaya, yang mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2025 di Kajang, Selangor. Di sini berlangsung pelbagai bengkel bulanan seperti Workshop Magical Marriage dan Workshop Wanita Dicintai yang menyentuh hati dan membuka jalan perubahan dari dalam diri.
Program dirangka berasaskan gabungan ilmu psikologi moden, tasawuf, neurosains dan NLP yang praktikal — khusus untuk membantu wanita dan pasangan mengenal diri, merawat luka dalaman, memperbaiki komunikasi dan membina hubungan yang lebih harmoni.
Lebih 1,000 peserta telah menyertai dan ramai menyifatkannya sebagai titik perubahan hidup. Ada yang pulih dari luka rumah tangga, kembali berkasih dengan pasangan, dan ada juga yang menemui makna hidup selepas keletihan emosi.
Wanita luar biasa adalah wanita menyayangi, mensyukuri dan menenangkan diri sendiri serta inssan lain. Khimar Muhayya dan Telekung Muhayya ini adalah hadiah istimewa buat semua wanita yang memburu redha Allah SWT, sentiasa memperbaiki diri serta tujuan hidupnya adalah menjadi ahli syurga yang bahagia lagi membahagiakan"Prof Dr Muhaya
Muhayya Training Centre ialah pusat latihan transformasi diri dan kekeluargaan di bawah bimbingan Prof. Dr. Muhaya. Kami menganjurkan bengkel bulanan seperti Workshop Magical Marriage dan Workshop Wanita Dicintai yang membantu peserta berubah dari dalam – secara emosi, spiritual dan komunikasi.
Pusat latihan kami terletak di Kajang, Selangor. Alamat lengkap dan panduan ke lokasi akan diberikan selepas pendaftaran program.
Program kami sesuai untuk individu, wanita, serta pasangan suami isteri, yang ingin memperbaiki diri, hubungan, dan emosi. Tiada had umur khusus — asalkan ada keinginan untuk berubah dan belajar.
Ya, program tertentu seperti Workshop Magical Marriage terbuka untuk pasangan suami isteri. Namun, bengkel seperti Wanita Dicintai dikhususkan untuk peserta wanita sahaja.
Kebanyakan bengkel utama seperti Workshop Magical Marriage diadakan secara fizikal (offline) di Kajang. Namun, kami juga menyediakan versi online bagi memudahkan peserta dari seluruh Malaysia dan luar negara.
Ya. Peserta akan menerima bahan sokongan seperti nota, buku kerja atau rakaman (untuk program tertentu). Maklumat lengkap akan dijelaskan selepas pendaftaran.
Untuk menjaga fokus peserta, kami mohon agar tidak membawa anak kecil ke sesi fizikal. Jika ada keperluan khas, boleh hubungi admin terlebih dahulu.
Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui laman web kami atau link yang disediakan di media sosial rasmi Prof Muhaya Official. Kami juga menyediakan khidmat bantuan melalui WhatsApp untuk sebarang pertanyaan.
Yuran bergantung kepada jenis bengkel. Kami menawarkan harga berbeza untuk program online dan offline, serta ada juga combo dan bundle tertentu untuk penjimatan. Sila rujuk halaman pendaftaran untuk maklumat terkini.
Sekiranya berlaku hal kecemasan, peserta boleh berbincang dengan pihak admin untuk tukar ke sesi lain (jika ada), atau tukar kepada versi rakaman. Polisi penukaran tertakluk kepada terma yang ditetapkan.
* Klik pada peta untuk buka di Google Maps bagi mendapatkan arah