© 2026 Muhayya Magical Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Awesome Uztaz Harith, cara explain immersive dan sgt best. Selalu tak sabar join nak join setiap minggu. Terima kasih!
Bismillah. Assalamualaikum Bonda, ini adalah pertama Kali saya datang ke event sebegini dan sebesar ini sepanjang hidup saya. Melangkah masuk ke dalam dewan saya dapat rasakan vibe Dan energy yang sangat luar biasa. MashaAllah. Dan setiap doa yang dibacakan oleh Ustaz Harith Dan Bonda, saya benar2 dapat merasakan nya. Dan pertama Kali juga saya mengaminkan doa dengan rasa penuh pengharapan kepada Allah. Bonda, jujur saya katakan perjalanan Selama 4 jam yang penuh dengan gelak ketawa, tangisan, sesi healing serta installation dan renungan kesedaran yang sangat mendalam ini , dengan Izin Allah, 3 trauma terbesar yang melibatkan pasangan, diri saya Dan keadaan sekeliling telah dapat disembuhkan. Alhamdullilah syukurrr ya Allah. Saya tak pernah menyangka hari ini Allah izinkan saya hidup bebas daripada semua trauma ini bonda. Saya tak pernah terfikir saya dapat merasa hidup yang sebegini bersih dan tenang tanpa ada lg sekelumit pun rasa takot/benci/dendam dlm hati saya. MashaAllah bonda semalam 27/09/2026, sehari selepas event wanita rasa dicintai, Alhamdullilah saya mampu memegang stereng kereta semula tanpa berdebar, tanpa menggigil dan tanpa rasa seram sejuk sebelum ini. Saya mampu memandu kembali selepas trauma kemalangan yang berlaku hampir 2 tahun yg lalu. Alhamdullilah saya memandu dengan rasa sangat tenang dan bersama tangisan air mata kesyukuran. Alhamdullilah Dan Bonda, MashaAllah bonda, hari ini pula 28/09/2026, saya sudah mampu menatap anak mata suami saya dan menikmati setiap inci rupa Paras muka suami saya dengan penuh kasih dan sayang. Saya tidak lagi melarikan mata saya seperti sebelum ini. Alhamdullilah. Setinggi2 kesyukuran saya kepada Allah di atas nikmat ini. Alhamdullilah Allah Masih pilih saya Allah Masih izinkan saya untuk merasa kebahagian yang dah lama saya impikan Selama hari ini. Terima kasih Bonda di atas semua penat lelah bonda dan usaha bonda untuk saya dan keturunan saya. Allah luaskan kubur bonda seluas2 nya, Allah cantikkkan wangikan selesakan kubur bonda seperti taman2 syurga. Dan Allah dedicated satu tempat yg istimewa untuk Bonda di syurga yangn paling tinggi Dan yang paling dekat dengan Nabi Muhammad s.a.w. Aminn ya Mujib. Saya decide untuk teruskan belajar untuk keturunan saya. InshaAllah.
Alhmdulliah... Terima Kasih BOnda dgn Perjalanan ilmu ini saya dpt Rasai dan Beljari Sesuatu dgn Rasa Syukur dan lega Dan kesdran itu hadir dlm diri utk Nampk Kejelasan diri ini dlm Prosess utk Menjdi Wanita Rasa dicintai... Masyaallah perkongsian ilmu yg Snngt2 Dahsyat dan Bernilai utk saya Dpt PeljariNya.. Terima Kasih BOnda dgn dgn Rasa itu ❤️❤️❤️
Alhamdulillah,terima kasih bonda.. saya semakin jelas dengan tujuan hidup dan pasakkan saya layak menjadi wanita dicintai tanpa sabotaj diri bersama mencari tujuan hidup khusnul khotimah
MasyaAllah, terlepas pandang pula untuk revisit webinar Betulkah Dia Jodohku. Bila baru je teliti semula metafora yang Bonda kongsikan, rasa sangat terpandu. Paling terkesan sesi VN untuk Heart Listening tu; teknik frekuensi radio yang Bonda ajarkan memang luar biasa. Saya mantapkan hati untuk terus amalkan Heart Listening ni. Tak perlu invest banyak pun, cukup sekadar memanfaatkan ilmu dan perkongsian Bonda sepenuhnya. Terima kasih tak terhingga kepada Bonda dan team. MasyaAllah, untuk sesi hot seat pun dah dapat banyak sangat bekalan ilmu. Alhamdulillah!
Saya Wanita Rasa Dicintai
Terima kasih bonda dan team. Saya niat jadi wanita yang Allah redha, dijemput kembali pada-NYA dalam husnul khatimah, jiwa yang tenang dan keadaan diri yang fokus untuk Allah
Assalamualaikum bonda dan semua. Alhamdulillah bonda, sy sgt bersyukur bila bonda masih kekalkn modul bateri jiwa dalam FLOS. Ianya sangat membantu sy utk sentiasa kembali kepada Allah dalam proses sy membaiki diri. Terima kasih bonda, dengan adanya ilmu dan sistem dalam FLOS ini dapat membantu sy dan keluarga dalam membina legasi yang berpaksikan Tauhid. Barakallahu fikum bonda dan team.
Alhamdulillah, kelas Sistem Jiwa Stabil banyak beri kesedaran kepada saya untuk lebih memahami diri, mengawal emosi dan belajar untuk lebih tenang dalam menghadapi apa jua keadaan. Terima kasih Bonda atas ilmu yang sangat bermakna
Alhamdulillah.. Best sangat apa yg bonda sampaikan. Perkara yang kita perlu tahu... cara untuk hidup, cara nak merasa, cara nak kendali diri...terima kasih bonda & team. It means alot to me, bonda....
Salam bonda dan team MM. WPOS ini, saya nampak ianya satu keperluan untuk semua institusi kekeluargaan. Bukan lagi pilihan, tetapi keperluan. Banyak ilmu di dalam ini mengupaskan kondisi hati dan apa itu rasa selamat dengan diri dan dengan keluarga. Kunci paling besar, mendidik anak rasa selamat dengan diri sendiri dan anak mampu rasa selamat dengan keluarga dan dengan komuniti. Dengan adanya module ''Hadith in Parenting'', ia menjadi satu module yang luar biasa hebat. Terima kasih bonda dan team MM.
Salam bonda, mama tiyah, ustaz harith dan team MM. Susun atur ilmu di dlm FLOS ini sgt holistic. Bermula dengan perbaiki dan kenali diri sehingga lah relationship mastery di dalam rumahtangga dan hubungan dengan Maha Pencipta. Jujur, saya belum pernah nampak program yang berimpak tinggi dalam satu package. Dan program di dalam FLOS ini membantu saya dan ahli keluarga saya menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini. Alhamdulillah...terima kasih semua
Terima kasih Ustaz Harith untuk kelas Hadith dan tadabbur AlQuran. Setiap penerangan dalam perkataan bahasa Arab sangat mudah difahami. Ustaz juga selitkan cerita kisah-kisah Rasullullah SAW dan sahabat baginda. Alhamdulillah pembelajaran yang santai dan sampai. Terima kasih ustaz dan team MM untuk peluang ini.
Syukur Ya Allah.Terima kasih buat Bonda,Mama Tiyah KP,Bro Harith, Zata, Bang Ngah all the team yang bertungkus lumus susun , siapkan video, Pdf dll. Moga Allah berkati dan membalas jasa kalian yang memberi ilmu mahal tentang jiwa secara saintifik dan praktikal. Perjalanan jiwa ini sangat indah bila kita melihat Allah lakarkan setiap masalah demi untuk kebaikan kita dan dunia sebenarnya...Love u all for the great effort.
Assalamualaikum Bonda dan semua. Kalau dalam MOS (Marriage Operating System), apa yang saya jumpa adalah: "Bukan salah siapa, sebaliknya apa yang Allah sedang sampaikan." Setiap ujian bukan untuk mencari pesalah, namun untuk membawa kita lebih dekat kepada Allah dan mengenali diri sendiri. Apabila saya mendalami POS (Parenting Operating System), penemuan yang lebih mendalam adalah: "Anak-anak tidak mewarisi apa yang saya cakap. Mereka mewarisi apa yang belum saya sembuhkan." Saya mula sedar bahawa banyak perkara yang mencetuskan emosi saya terhadap anak sebenarnya bukan berpunca daripada anak itu sendiri. Ia menyentuh bahagian dalam diri saya yang telah lama terluka dan tidak pernah benar-benar dirawat. Apabila anak tidak mendengar arahan, saya menjadi terlalu marah. Apabila anak menangis, saya menjadi tidak sabar. Apabila anak membuat kesilapan, saya menjadi terlalu mengawal. Lalu saya bertanya pada diri sendiri: "Adakah ini benar-benar tentang anak saya..... atau tentang luka lama dalam diri saya yang sedang tersentuh?" Kadang-kadang anak hanyalah cermin yang memantulkan semula bahagian diri yang belum sempat saya sembuhkan. Saya juga mula memahami bahawa; tingkah laku anak adalah petunjuk, bukan masalah. Bukan sahaja petunjuk tentang apa yang sedang berlaku dalam jiwa anak, iany juga petunjuk tentang apa yang sedang berperang dalam jiwa saya sebagai ibu. Anak mengajar saya melihat ketidaksabaran saya. Anak mengajar saya melihat ketakutan saya. Anak mengajar saya melihat luka penolakan, rasa tidak cukup baik dan keperluan untuk sentiasa mengawal yang selama ini tersembunyi. Sebab itu dalam POS, saya belajar bahawa sebelum membetulkan anak, saya perlu hadir untuk mereka. "Connect" dulu sebelum "correct". Hubungkan hati sebelum membetulkan tingkah laku. Kerana anak yang merasa difahami akan lebih mudah mendengar. Manakala, ibu yang memahami dirinya sendiri akan lebih mudah memahami anaknya. Akhirnya saya sedar, perjalanan membesarkan anak bukan sekadar proses mendidik mereka. Ia adalah proses Allah mendidik saya juga. Anak bukan hadir untuk menguji kesabaran saya semata-mata. Anak hadir untuk menunjukkan bahagian diri yang masih perlukan penyembuhan. Maka bagi saya, inti pati POS adalah: "Anak bukan masalah yang perlu diperbaiki. Anak adalah amanah yang membantu saya melihat luka yang perlu disembuhkan." Mungkin itulah tarbiyah Allah swt yang paling halus dalam proses saya menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak. Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Terima kasih Bonda dan Team.
Alhamdulillah rezeki dapat bersama bonda dan adik beradik disini.. Yg Allah hati ini rasa tenang setenang tenangnya bila bersama team bonda,,semalam dapat ilmu yg terlalu bernilai,,sebelum ni saya seorang ibu yg nk anak dengar saya..dan sekarang saya mulai faham..apa yg anak perlukan,,apa yg patut saya bertindak ,,lebih mendengar,lebih lembut lebih memahami dgn anak..ya Allah kalau ini dari dulu saya tahu anak tidak terluka dengan sikap ibunya.. Masyaallah hebat nya ilmu yang bonda sampai kan pada ibu ayah,,jutaan terima kasih bonda..
Bismillah...Sebelum mengikuti kelas ini, saya fikir solat dan puasa sudah memadai untuk hidup. Namun saya salah! Rupanya, saya perlu mencari ilmu. Ilmu itulah cahaya yang membimbing ibadah. Seperti kata Imam Ghazali; hidup ini tegak atas empat tiang: ilmu, ibadah, kasih sayang dan rezeki. Melalui kelas ini, saya mula faham bahawa: - saya belajar untuk menerima diri dengan penuh kasih sayang. - saya mula belajar membuat keputusan tanpa reaktif, selaras dengan ibadah yang tenang. - dari Hustle ke Barakah membuka mata bahawa rezeki bukan sekadar angka, tetapi keberkatan. WDOS membantu saya membina semula rasa selamat dan harga diri. Keseluruhan perjalanan ini bukan sekadar kelas, namun...proses mendidik hati, membina kasih sayang dan mengurus rezeki dengan penuh keberkatan. Saya bersyukur kerana diberi peluang belajar, kerana ia benar-benar mengubah cara saya melihat diri dan hidup. Sebelum kelas, saya berada di skala 2/10 dan selepas kelas, saya yakin; saya berada di skala 8/10. Terima kasih Allah, terima kasih Bonda dan semua.
MasyaAllah, best sangat dapat jawab kuiz refleksi & VN neuroheart bonda juga sangat membantu 14 steps mudah repair, implement malah terus bertumbuh. Super excited sangat VAK diri, pasangan & seramainya dipermudah lagi lancar dapat hadir join Workshop Parenting Operating System 1 Ogos 2026. Malah extra bonus bonda bagi FOS Parenting & Seni Menjemput Rezeki 26 Julai 2026 sebelum Pre-Class, Pro-Class & Post-Class. Jazakumullah Khoiral Jaza' bonda, team & semua
Masyallah best kuiz yang nie saya dapat fikir yang baik- baik bila dengan pasangkan.
Assalamualaikum... Dalam proses mengenali diri dan mengenali Yang Maha Mencipta; saya sedar bahawa peluang untuk belajar di Kelas Hadith & Tadabbur bersama Ustaz Harith adalah satu hadiah kurniaan Allah SWT yang sangat bernilai. Setiap sesi bukan sekadar ilmu, namun pengalaman rohani yang membuka mata, menenangkan jiwa dan mengingatkan saya bahawa tadabbur bukan soal bahasa semata‑mata. Ianya soal hati yang mahu kembali kepada Allah swt. Alhamdulillah,syukur. Inilah peluang sebagai tanda kasih sayang Allah swt, mengizinkan kami semua untuk mendengar, belajar, memahami dan merasai ayat‑ayat-Nya dengan lebih dekat. Saya paling suka, sesi soal jawab di awal, di pertengahan atau d hujung kelas . Ianya memberi ruang untuk kami sama‑sama revise semula pelajaran lepas. Ia menjadikan pembelajaran lebih hidup, interaktif dan mengukuhkan kefahaman. InsyaAllah. Terima kasih
Assalamualaikum, terima kasih Ustaz Harith, bonda and team. Bagus sangat kelas hadith dan tadabbur beserta rakaman untuk ulangan. Syukur tidak terhingga dapat belajar satu-persatu hadih setiap minggu. Alhamdulillah... drp matapelajaran sains, biologi, dan ilmu manusia. kini belajar hadith dan Quran, sebagai panduan hidup. semuanya relatable. BEST! 😍😍😍
Satu metafora. Satu muhasabah. Satu langkah menuju Wanita Rasa Dicintai. Satu lagi ilmu Bonda yang sentiasa evolved. MasyaAllah Subhanallah. Tak terungkap dengan kata-kata betapa mendalamnya pengertian setiap metafora Bonda. Setiap hari makin jelas dan makin jelas makna kehidupan. Hati yang kembali kepada Allah. Meletakkan ALLAH satu-satunya dalam HATI. Hati yang bercahaya akan menerangi setiap ruang yang memerlukan cahaya. Saya sentiasa belajar untuk menjadi Wanita Rasa Dicintai untuk memberi manfaat dan membahagiakan setiap insan yang ada disekeliling saya.
Bismillahirrahmanirrahim. Refleksi Jiwa | Wanita Rasa Dicintai (Post Kelas) Subhanallah. Alhamdulillah. Malam ini saya bersyukur kepada Allah atas kasih sayang Allah yang telah mengurniakan nikmat yang begitu banyak kepada kehidupan saya terutama kesihatan, badan masih sihat, masih berkesempatan diberikan peluang boleh bangun tidor, terus bernafas, boleh melakukan solat, boleh belajar menuntut Ilmu dengan Bonda dan Allah masih mengizinkan saya kembali kpdNya Hari ini saya mula mengenali siapa diri saya. Saya mula memahami fitrah saya, saya tidak perlu lagi mencari pada manusia, dunia atau penghargaan manusia. Wanita yang dicintai Allah bukanlah wanita yang tidak pernah terluka. Bukan juga wanita yang tidak pernah melakukan dosa. Tetapi wanita yang dicintai Allah ialah wanita yang setiap kali terjatuh, dia segera kembali kpd Allah. Setiap kali tersalah langkah, dia tahu kepada siapa dia harus pulang. Malam ini saya semakin yakin bahawa destinasi yang selama ini saya cari bukanlah kebahagiaan dunia, bukan penerimaan manusia, dan bukan kesempurnaan diri. Allah tidak pernah meminta kita menjadi sempurna. Setiap kali terjatuh Allah panggil kembali kepadaNya, Setiap kali terluka kembali kepadaNya, setiap kali kecewa kembali kepadaNya kerana pintu Allah tidak pernah tertutup. Ya Allah jika selama ini aku terlalu bergantung kepada manusia, ampunkan aku Ya Allah. Ya Allah terima kasih kerana memberikan aku peluang hidup dan bertaubat kepadaMu. Semoga Allah terus menetapkan hati aku ke arah jalan ini, sehingga suatu hari nanti aku benar-benar kembali kepada-Nya dengan hati yang tenang dan diredhai Allah.🥹 Terima kasih, Bonda, kerana menemukan saya jalan pulang. Alhamdulillah🤲 Jamaliah
Masya Allah, alhamdulillah dpt belajar tadabbur bersama-sama ustaz Harith.. Setiap pembentangan ditulis dan dibentang dengan terperinci... T.kasih ustaz.. Semakin belajar semakin byk yg sy tak tau... Allah kurniakan kami kefahaman dlm setiap proses pembelajaran.