© 2026 Muhayya Magical Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Jun 20, 2026 - Aug 26, 2026· Kuala Lumpur
Select how you want to attend these weekly classes.
Terima kasih Ustaz Harith untuk kelas Hadith dan tadabbur AlQuran. Setiap penerangan dalam perkataan bahasa Arab sangat mudah difahami. Ustaz juga selitkan cerita kisah-kisah Rasullullah SAW dan sahabat baginda. Alhamdulillah pembelajaran yang santai dan sampai. Terima kasih ustaz dan team MM untuk peluang ini.
Assalamualaikum... Dalam proses mengenali diri dan mengenali Yang Maha Mencipta; saya sedar bahawa peluang untuk belajar di Kelas Hadith & Tadabbur bersama Ustaz Harith adalah satu hadiah kurniaan Allah SWT yang sangat bernilai. Setiap sesi bukan sekadar ilmu, namun pengalaman rohani yang membuka mata, menenangkan jiwa dan mengingatkan saya bahawa tadabbur bukan soal bahasa semata‑mata. Ianya soal hati yang mahu kembali kepada Allah swt. Alhamdulillah,syukur. Inilah peluang sebagai tanda kasih sayang Allah swt, mengizinkan kami semua untuk mendengar, belajar, memahami dan merasai ayat‑ayat-Nya dengan lebih dekat. Saya paling suka, sesi soal jawab di awal, di pertengahan atau d hujung kelas . Ianya memberi ruang untuk kami sama‑sama revise semula pelajaran lepas. Ia menjadikan pembelajaran lebih hidup, interaktif dan mengukuhkan kefahaman. InsyaAllah. Terima kasih
Assalamualaikum, terima kasih Ustaz Harith, bonda and team. Bagus sangat kelas hadith dan tadabbur beserta rakaman untuk ulangan. Syukur tidak terhingga dapat belajar satu-persatu hadih setiap minggu. Alhamdulillah... drp matapelajaran sains, biologi, dan ilmu manusia. kini belajar hadith dan Quran, sebagai panduan hidup. semuanya relatable. BEST! 😍😍😍
Masya Allah, alhamdulillah dpt belajar tadabbur bersama-sama ustaz Harith.. Setiap pembentangan ditulis dan dibentang dengan terperinci... T.kasih ustaz.. Semakin belajar semakin byk yg sy tak tau... Allah kurniakan kami kefahaman dlm setiap proses pembelajaran.
Assalamualaikum Alhamdulillah. Terima kasih banyak, Ustaz Harith, atas perkongsian dan tadabbur yang begitu mendalam. Setiap kupasan bukan sekadar memberi kefahaman, tetapi benar² membuatkan kami merasai ayat-ayat Allah sehingga menyentuh hati. Subhanallah, baru satu ayat Surah Al-Fatihah, tetapi begitu banyak ilmu, hikmah dan muhasabah yang kami perolehi. Cara ustaz mengupas setiap kalimah dengan begitu teliti sgt membuka mata dan hati kami. Yang paling menyentuh hati saya, anak saya (18thn)yang turut sama mendengar kelas ini sampai menangis. Dia berkata, "Banyaknya yang saya tak tahu, walaupun baru satu ayat." Saat itu saya sedar, apabila ilmu disampaikan dengan ikhlas dan penuh penghayatan, ia mampu mengetuk hati sesiapa sahaja, termasuk anak². Saya bersyukur anak ini dtg sendiri nak join sy bila dia mula mendengar suara Ustaz Harith mula menerangkan satu persatu kalimah ayat. Anak sy cakap " Nak join boleh, sy dgr ustaz ni mcm best dan faham.. " Sampai hujung kelas dia duduk mendengar dan ambil nota. Alhamdulillah... Semoga Allah SWT terus mengurniakan Ustaz Harith sekeluarga, Bonda & Ayahanda sekeluarga dan seluruh team MM dgn kesihatan, kekuatan, keberkatan umur dan rezeki yg paling baik, serta menjadikan setiap ilmu yang dikongsikan sebagai amal jariah yang berterusan. Menjadi ladang pahala dan pencen kubur..Aamiin.. Jazakumullahu khairan kathira.
Alhamdulillah. Best sangat seronok.. Ini merupakan kali pertama saya belajar kelas hadis dan tadabbur. Penyampaian Ustaz Harith sangat mudah difahami, jelas dan membuka mata saya. Dahulu saya merasakan tadabbur dan hadis sukar dipelajari, tetapi kini saya semakin bersemangat untuk terus belajar. Kelas ini bukan sekadar menambah ilmu, malah mengubah cara saya berfikir, membentuk akhlak, menenangkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah. Insya-Allah, asbab saya belajar, saya dapat membina identiti seorang wanita solehah yang menjadi aura positif kepada keluarga dan generasi akan datang berlandaskan al-Quran dan hadis. Sebagai wanita berkerjaya, saya amat bersyukur dengan kemudahan kelas online dan pakej rakaman sangat mudah membolehkan saya terus menuntut ilmu pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Tiada lagi alasan untuk tidak terus belajar dan memperbaiki diri. Jazakumullahu khairan kepada Bonda,Ustaz Harith dan team muhaya.
Alhamdullillah... dgn Izin Allah saya dapat bersama2 didalam KELAS ini. SAYA DAPAT, SAYA FAHAM, SAYA HADAM... menjadi Amalan dlm kehidupan serta terus berbuat kebaikan dan kebaikan utk Bekalan PULANG KE NEGERI ABADI... Alhamdullillah... Allah Ya Rahman.... Allah Ya Rahim 🤲
Best ustaz harith mengajar senang dan mudah untuk faham.Saya suka kelas hadith mengajar tafsir al quran dan sunnah nabi.
The best hadith class ever attended alhamdulillah. Subject yg dalam dan ustaz harith berjaya membawakannya dengan baik dan menerangkan ia dgn bahasa yg mudah bagi org biasa utk memahami akan ia alhamdulillah.
Alhamdulillah syukur..ALLAH pilih dapat belajar hadith di 1 muharram,,, Terima kasih Ustaz Harith ,Bonda dan team...Jazakallah hu khairan.
Bismillahi, MasyaAllah. Opening masterclass hadith yang sangat best! Permulaan & pengisian Maal Hijrah 1448 yang super wow sangat! Abundance. Penyampaian Ustaz Harith juga sangat interaktif dengan kupasan yang cukup unik & indah yang mana kami dapat selusuri biodata ringkas pemilik khusus berkaitan akhlak Imam Nawawi itu sendiri yang menjaga sifat ikhlas agar pahala tak bocor. Ustaz juga selitkan kisah Nabi Yunus a.s., ada anchoring pro tips & wrap up 5 point mudah lagi padat khusus buat pencinta ilmu dapat pulang kepada Allah S.W.T. secara fitrah. Maka nikmat Allah mana lagi nak kami dustakan. In shaa Allah, tak zabaarrr nak commit next pengajian tafsir Quran & sambungan hadith 2 Imam Nawawi seterusnya sehingga 40. Jujurly HIJRAH ini terasa semakin manis & lazat sungguh bonda. Sujud syukur setiap aturan Allah Ya Fattah Ya Rozzaq Ya Muhaimin terlalu indah malah lengkap. Jazakumullah Khoiral Jaza' bonda, Ustaz Harith, amazing team MM, adik-beradik VCP 7D yang terus istiqamah malah evolve bersama. Didoakan Allah pilih kita semua dapat berjiran dalam syurga firdaus, melihat wajah Allah & Rasullullah S.A.W. Barakallahu Feekum Jami'an 🤲💘👑
Alhamdulillah syukur.Masyaallah sangat jelas pencerahan ustaz Harith pagi ini dna berkesempatan untuk belajar hadis . Sangat mudah faham dan sangat2 best enjoy belajar kerana ustaz Harith memberi makna setiap penceritaan itu lebih dekat dengan kehidupan kita seharian.... terima kasih Bonda dan ustaz Harith serta semua team yg terlibat menjayakan program hari ini....sangat terbaik diharap selepas ini masih banyak kelas lagi akan diadakan seperti ini.... Amin Ya Rabbal Alamin.