Muhayya Magical ditubuhkan pada tahun 2017, apabila Prof Muhaya sangat suka memberi dan menerima hadiah telekung dan serta memastikan pakaiannya adalah "Ready Solat". Jika kita mahu kelihatan cantik di hadapan orang, berpakaian cantik dan mewah dalam majlis, apatah lagi ketika kita menghadap Tuhan sekalian alam. Cantik, selesa, elegan adalah ciri utama sentuhan Muhayya Magical dan kolaborasi bersama Bawal Exclusive ini adalah bagi memastikan setiap wanita sentiasa tampil menawan. Impian kami adalah ingin terus menyebarkan kasih sayang, memuliakan anda sebagai keluarga kami
Muhayya Training Centre ialah pusat latihan transformasi diri dan kekeluargaan di bawah bimbingan Prof. Dr. Muhaya, yang mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2025 di Kajang, Selangor. Di sini berlangsung pelbagai bengkel bulanan seperti Workshop Magical Marriage dan Workshop Wanita Dicintai yang menyentuh hati dan membuka jalan perubahan dari dalam diri.
Program dirangka berasaskan gabungan ilmu psikologi moden, tasawuf, neurosains dan NLP yang praktikal — khusus untuk membantu wanita dan pasangan mengenal diri, merawat luka dalaman, memperbaiki komunikasi dan membina hubungan yang lebih harmoni.
Lebih 1,000 peserta telah menyertai dan ramai menyifatkannya sebagai titik perubahan hidup. Ada yang pulih dari luka rumah tangga, kembali berkasih dengan pasangan, dan ada juga yang menemui makna hidup selepas keletihan emosi.
Wanita luar biasa adalah wanita menyayangi, mensyukuri dan menenangkan diri sendiri serta inssan lain. Khimar Muhayya dan Telekung Muhayya ini adalah hadiah istimewa buat semua wanita yang memburu redha Allah SWT, sentiasa memperbaiki diri serta tujuan hidupnya adalah menjadi ahli syurga yang bahagia lagi membahagiakan"Prof Dr Muhaya
* Click on the map to open in Google Maps for directions