© 2026 Muhayya Magical Sdn Bhd. All Rights Reserved.

20 Jun 2026 - 26 Ogo 2026· Kuala Lumpur
Pilih cara anda mahu menghadiri kelas mingguan ini.
Assalamualaikum, terima kasih Ustaz Harith, bonda and team. Bagus sangat kelas hadith dan tadabbur beserta rakaman untuk ulangan. Syukur tidak terhingga dapat belajar satu-persatu hadih setiap minggu. Alhamdulillah... drp matapelajaran sains, biologi, dan ilmu manusia. kini belajar hadith dan Quran, sebagai panduan hidup. semuanya relatable. BEST! 😍😍😍
Masya Allah, alhamdulillah dpt belajar tadabbur bersama-sama ustaz Harith.. Setiap pembentangan ditulis dan dibentang dengan terperinci... T.kasih ustaz.. Semakin belajar semakin byk yg sy tak tau... Allah kurniakan kami kefahaman dlm setiap proses pembelajaran.
Alhamdulillah. Best sangat seronok.. Ini merupakan kali pertama saya belajar kelas hadis dan tadabbur. Penyampaian Ustaz Harith sangat mudah difahami, jelas dan membuka mata saya. Dahulu saya merasakan tadabbur dan hadis sukar dipelajari, tetapi kini saya semakin bersemangat untuk terus belajar. Kelas ini bukan sekadar menambah ilmu, malah mengubah cara saya berfikir, membentuk akhlak, menenangkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah. Insya-Allah, asbab saya belajar, saya dapat membina identiti seorang wanita solehah yang menjadi aura positif kepada keluarga dan generasi akan datang berlandaskan al-Quran dan hadis. Sebagai wanita berkerjaya, saya amat bersyukur dengan kemudahan kelas online dan pakej rakaman sangat mudah membolehkan saya terus menuntut ilmu pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Tiada lagi alasan untuk tidak terus belajar dan memperbaiki diri. Jazakumullahu khairan kepada Bonda,Ustaz Harith dan team muhaya.
Alhamdullillah... dgn Izin Allah saya dapat bersama2 didalam KELAS ini. SAYA DAPAT, SAYA FAHAM, SAYA HADAM... menjadi Amalan dlm kehidupan serta terus berbuat kebaikan dan kebaikan utk Bekalan PULANG KE NEGERI ABADI... Alhamdullillah... Allah Ya Rahman.... Allah Ya Rahim 🤲
Best ustaz harith mengajar senang dan mudah untuk faham.Saya suka kelas hadith mengajar tafsir al quran dan sunnah nabi.
The best hadith class ever attended alhamdulillah. Subject yg dalam dan ustaz harith berjaya membawakannya dengan baik dan menerangkan ia dgn bahasa yg mudah bagi org biasa utk memahami akan ia alhamdulillah.
Alhamdulillah syukur..ALLAH pilih dapat belajar hadith di 1 muharram,,, Terima kasih Ustaz Harith ,Bonda dan team...Jazakallah hu khairan.
Alhamdulillah syukur.Masyaallah sangat jelas pencerahan ustaz Harith pagi ini dna berkesempatan untuk belajar hadis . Sangat mudah faham dan sangat2 best enjoy belajar kerana ustaz Harith memberi makna setiap penceritaan itu lebih dekat dengan kehidupan kita seharian.... terima kasih Bonda dan ustaz Harith serta semua team yg terlibat menjayakan program hari ini....sangat terbaik diharap selepas ini masih banyak kelas lagi akan diadakan seperti ini.... Amin Ya Rabbal Alamin.